Monday, April 23, 2012

Resepi: Talam Berlauk..angan angan...

Assalamualaikum...

Ish ish ish...Malas bebeno budak Melor ni nak menghapdate blog (panggil kite Lor je agak agak ok tak?)...Entah ape yang di bizi kan nye lah agaknye..
Ehem ehem..bukan ape, Melor lagi suka mem'blogwalking' dari menulis la..
Lebih suke baca kisah orang dari cerita kisah sendiri..
Tapi hari ni Melor merajinkan diri untuk menulis sebab Melor nak kongsi satu resepi yang pada angan angan Melor bakal menjadiklah resepi ni..(statement kompem sungguh la!)

Dok la mem'browse' resepi Kuih Talam Berlauk kat google, kendian Melor terpikat ngan resepi oleh Encik Mat Gebu dan Cik ILAHJY.
Tapi Melor ubah sikit resepi ni sebab kalau ikut resepi Encik Mat Gebu, bingka tu kena bakar..
Masalahnye, kat rumah Melor tak ada oven atau microwave apatah lagi periuk bakar..
So, Melor buat keputusan untuk guna kaedah kukus.. tu yang dok meng'google' then terjumpa resepi Cik ILAHJY ni..

Untuk buat bingka tepung tu, Melor guna sukatan tepung dari Cik ILAHJY..senang nak sukat guna cawan cawan ni..
Melor paling payah nak follow resepi kalau guna sukatan gram kilogram bagai sebabnye Melor takde mesin penimbang tu..(sebenarnye kat kedai ada je jual, tapi tak selalu buat kuih, jadiknye malas ler nak membelinye)
Melor terpikat dengan resepi lauk untuk kuih talam dari Encik Mat Gebu..
Guna daging cincang sesuai dengan selera Melor..Encik Mat Gebu ada bagi sukatan ikut gram, jadiknye nanti kalau beli daging Melor suruh orang kedai timbang jelah..senang kan? (sumer nak buat keje senang je..)

Ok..Melor tulis dulu resepi ni..ingat ye, resepi ni belum lagi dicuba/dimasak oleh Melor lagi..nama tajuk pun angan angan..
Melor akan try dulu resepi ni, kalau menjadi Melor akan buat entry pasal Kuih Talam Berlauk ni ye..

Resepi: KUIH TALAM BERLAUK

Bahan A:
2 cawan tepung beras*
1/2 cawan tepung jagung*
1/4 cawan tepung gandum*
1 biji kelapa jadikan 4 cawan santan (Cik ILAHJY buat 5 cawan)*
Daun saderi - dicincang halus
Bawang goreng - Melor beli yang dah siap
Lada merah - dihiris

Bahan B: (untuk ditabur @ lauk atas bingka)
200g daging cincang
1 labu bawang besar - ditumbuk @ dikisar
2 ulas bawang putih - ditumbuk @ dikisar
1/2 inci halia -  ditumbuk @ dikisar
1 biji kentang - dibuang kulit, dipotong dadu dan direndam
1/2 batang lobak merah - dipotong dadu
1 1/2 camca besar rempah kari daging
1 1/2 camca besar sos cili
1 1/2 camca besar sos tomato
500ml air (Melor sukat ikut botol mineral kecil)
Serbuk lada hitam
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

Caracara:

1)  Dalam periuk, campurkan bahan A yang bertanda *. Kacau hingga sebati.
2)  Masak di atas dapur dengan api yang sederhana sehingga pekat.
3)  Kemudian masukkan bahan A yang lain dan gaul hingga sebati.
4)  Tuangkan ke dalam loyang adunan tersebut dan ratakan. Ketepikan
5)  Untuk lauk, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar sehingga naik bau.
6)  Kemudian masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili
7)  Kacau rata dan masukkan daging, lobak merah dan kentang serta air, garam dan lada hitam.
    Tutup menggunakan tutup periuk sehingga daging empuk.
8)  Matikan api dan sejukkan. Setelah sejuk, tuang dan ratakan di dalam loyang berisi adunan bahan
    A tadi.
9)  Sediakan periuk kukus dan kukus selama lebih kurang 30 minit.
10) Potong kuih talam berlauk setelah benar benar sejuk.

Selamat mencuba..Doakan Melor berjaya mencuba resepi ni tau! (nanti kalau Melor dah berjaya, Melor post kat blog, ok?)

No comments:

Post a Comment

Post a Comment