Wednesday, September 12, 2012

Perantin

Bismillahirrahmanirrahim...








SUKENYE TENGOK PERANTIN CANTEKCANTEK!!!!!







.............K Bai!!.............

Thursday, August 9, 2012

Love the new look

Salam Ramadhan...

Lama bebeno rasaya Melor tak bersiaran
Hari ni je tetibe rasa nak menulis di blog yang dah nak jadik cam rumah hantu ni..(isk..isk..isk.. tak bek cakap blog sendiri cenggitu..heh)

Hari ni sesaje wat edit gambar posepose sikit
Checkidaout....






Anda suke yang mana? heh

Monday, April 23, 2012

Resepi: Talam Berlauk..angan angan...

Assalamualaikum...

Ish ish ish...Malas bebeno budak Melor ni nak menghapdate blog (panggil kite Lor je agak agak ok tak?)...Entah ape yang di bizi kan nye lah agaknye..
Ehem ehem..bukan ape, Melor lagi suka mem'blogwalking' dari menulis la..
Lebih suke baca kisah orang dari cerita kisah sendiri..
Tapi hari ni Melor merajinkan diri untuk menulis sebab Melor nak kongsi satu resepi yang pada angan angan Melor bakal menjadiklah resepi ni..(statement kompem sungguh la!)

Dok la mem'browse' resepi Kuih Talam Berlauk kat google, kendian Melor terpikat ngan resepi oleh Encik Mat Gebu dan Cik ILAHJY.
Tapi Melor ubah sikit resepi ni sebab kalau ikut resepi Encik Mat Gebu, bingka tu kena bakar..
Masalahnye, kat rumah Melor tak ada oven atau microwave apatah lagi periuk bakar..
So, Melor buat keputusan untuk guna kaedah kukus.. tu yang dok meng'google' then terjumpa resepi Cik ILAHJY ni..

Untuk buat bingka tepung tu, Melor guna sukatan tepung dari Cik ILAHJY..senang nak sukat guna cawan cawan ni..
Melor paling payah nak follow resepi kalau guna sukatan gram kilogram bagai sebabnye Melor takde mesin penimbang tu..(sebenarnye kat kedai ada je jual, tapi tak selalu buat kuih, jadiknye malas ler nak membelinye)
Melor terpikat dengan resepi lauk untuk kuih talam dari Encik Mat Gebu..
Guna daging cincang sesuai dengan selera Melor..Encik Mat Gebu ada bagi sukatan ikut gram, jadiknye nanti kalau beli daging Melor suruh orang kedai timbang jelah..senang kan? (sumer nak buat keje senang je..)

Ok..Melor tulis dulu resepi ni..ingat ye, resepi ni belum lagi dicuba/dimasak oleh Melor lagi..nama tajuk pun angan angan..
Melor akan try dulu resepi ni, kalau menjadi Melor akan buat entry pasal Kuih Talam Berlauk ni ye..

Resepi: KUIH TALAM BERLAUK

Bahan A:
2 cawan tepung beras*
1/2 cawan tepung jagung*
1/4 cawan tepung gandum*
1 biji kelapa jadikan 4 cawan santan (Cik ILAHJY buat 5 cawan)*
Daun saderi - dicincang halus
Bawang goreng - Melor beli yang dah siap
Lada merah - dihiris

Bahan B: (untuk ditabur @ lauk atas bingka)
200g daging cincang
1 labu bawang besar - ditumbuk @ dikisar
2 ulas bawang putih - ditumbuk @ dikisar
1/2 inci halia -  ditumbuk @ dikisar
1 biji kentang - dibuang kulit, dipotong dadu dan direndam
1/2 batang lobak merah - dipotong dadu
1 1/2 camca besar rempah kari daging
1 1/2 camca besar sos cili
1 1/2 camca besar sos tomato
500ml air (Melor sukat ikut botol mineral kecil)
Serbuk lada hitam
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

Caracara:

1)  Dalam periuk, campurkan bahan A yang bertanda *. Kacau hingga sebati.
2)  Masak di atas dapur dengan api yang sederhana sehingga pekat.
3)  Kemudian masukkan bahan A yang lain dan gaul hingga sebati.
4)  Tuangkan ke dalam loyang adunan tersebut dan ratakan. Ketepikan
5)  Untuk lauk, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar sehingga naik bau.
6)  Kemudian masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili
7)  Kacau rata dan masukkan daging, lobak merah dan kentang serta air, garam dan lada hitam.
    Tutup menggunakan tutup periuk sehingga daging empuk.
8)  Matikan api dan sejukkan. Setelah sejuk, tuang dan ratakan di dalam loyang berisi adunan bahan
    A tadi.
9)  Sediakan periuk kukus dan kukus selama lebih kurang 30 minit.
10) Potong kuih talam berlauk setelah benar benar sejuk.

Selamat mencuba..Doakan Melor berjaya mencuba resepi ni tau! (nanti kalau Melor dah berjaya, Melor post kat blog, ok?)

Thursday, March 15, 2012

New Project Wanna Be

Salam..

I'm quite excited for my becoming new project..
Have to do some list for it..
Coz go many..
That's not exactly called new project..just some altering and patches..But i just like to call it 'My New Project Wanna Be'..heh.

Hope ALLAH bagi masa yang cukup untuk saya realisasikan projek saya tu..
Projek ape tu ye?
Cer teka..
Heh..nanti dah start, saya buat entry about it, okey?
I would love it much!! You? Hope you too lo..


Tuesday, March 6, 2012

The Thinking

Salam...

Sejak 2hari yang lepas mata ni asyik terbayangbayang warna mist green and brown/chocolate..
Cambest jek kaler tu..

And also sejak 2menjak ni suke nak mix and match bajubaju yang aku ade..
Cambest jek buat cenggitu..

Semalam bagitau kat Melat, nak pi survey baju/skirt kat GM..

Pagi ni dok google carik supplier untuk crepe paper pastel kaler..

Syiok..Love this feeling!!

Saturday, March 3, 2012

CUCI the MUSICAL~LAst Kopek~

Salam..
Last Friday nite, my beloved fren of mine had invited us for the CUCI the MUSICAL at Istana Budaya..
Wan got 4 tix for us..There are just 3 of us..Kepala dok pening nak bawak sape la lagi sorang..
Then, my twins invited Kay for joining us..Dah lah semalam hujan lebat..Uols already noted jelah, kalau hari jumaat, dah lah jammed, tambah lagi hujan..memaaaaannngggg la jadik sangat jammed..
Kena lah tunggu Kay until we already passed the 1/2hours that the theatre just begin..

Dengan kehujanan, we ols pun menggigihkan diri ke IB coz masingmasing sangat ler eksaited nak pi nengok teater CUCI ni..

Dah sampaisampai, claim tix kat kaunter yang our fren lefted, and dok gigih ler mencarik kusi nak duduk..Ada la sorang minah bambam ni dok kat tempat we ols..punye ler kedegaak dia tak nak remove..Lastlast, secara illegalnye weols pun hantam sajalah dok pat kusi belakang yang kosong..selesai..heh.

We already terlepas dengan action i tot agak menarik, but the entire show is very great uols!! I sampaikan kena nganga mulut coz prepare awalawal nak gelak..Sitan (Nabil) is full of humour..Ada aje yang dia nak jadik bahan..sampaikan Ms. CJ (Vee) tak tahan nak tergelak jugak..And for most suara awie, afdlin shauki and hans memang sangat best uols..i'm very eksaited and applauded with their show..mostly, my fren, Wan who as the dancer for this musical, i memang sangat proud la for her to be in this best great show.

Anyway, jom kite layan picpic yang i sempat snap ni..masa show, tak leh amek gambo, nanti kena suluh ngan laser pointer..buta mata uols..heh.







Very the terima kasih la tu my beloved fren Wan coz sudi bagi tix yang mahal tu untuk kawankawanmu ini..mahal tau tix teater ni..kalau tempat kusi weols tu je regenye dari rm200-rm300 uols..semput..heh.

Jom ler ramairamai pegi nengok CUCI the MUSICAL..worth it uols..

Friday, March 2, 2012

Jodoh



‎ Gambar dari sini

:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 


Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi... 


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. 


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

Monday, February 27, 2012

Resepi: Bubur Lambok


Walaweh...memang marathon sungguh melor hari ni..
Suke nak dedahkan pasal masakmasak..
Resepi bubur lambok ni diturunkan turun temurun oleh mama melor..
Kalau mama masak kat rumah, 1 periuk beso tu kitorang 3beradik boleh habiskan sehari je..
Mana tak nye, 3orang bebudak ni memang kaki melahap..Hehe..
Sebab kan dah dok jauh ngan mama, so kenalah pandai masak cenggini..
Asal masak yang sedapsedap je..(sedap ke?) mesti dok WhatsApp kat mama, send photo masakmasak..
Mama kompem jeles punye ah..(jeles ke?) Hehe..

Jom kite cekidaut resepi ni yok!!

Resepi: Bubur Lambok

Bahanbahan:

1 tin beras (melor guna sukatan tin susu)-beras dibasuh
300g daging-dicincang
Rempah tumis-kayu manis, bunga lawang etcetc
1 labu bawang besar-dikisar
4 ulas bawang putih-dikisar
1 inci halia-dikisar
5 biji cili hijau-dihiris
Sayur campur (bahasa omputihnye mix veggie)
1 senduk serbuk sup daging
1/2 senduk serbuk kurma
1 sudu serbuk kunyit
1 liter air
Sedikit garam & perasa


Caracara:

Rebus daging yang dicincang dengan air sehingga empuk.
Kemudian masukkan beras yang telah dibasuh ke dalam rebusan daging tadi. Biarkan sehingga beras kembang.
Dalam kuali lain, tumiskan rempah tumis beserta bahanbahan yang telah dikisar, serbuk sup daging, serbuk kurma dan serbuk kunyit.
Kemudian campurkan bahanbahan tumisan tadi ke dalam periuk rebusan daging dan beras.
Masukkan sayur campur dan cili yang telah dihiris tadi.
Perasakan dengan garam dan bahan perasa.

Hiasan:
Bawang goreng
Kacang goreng
Daun bawang
Daun sup

Selamat Mencuba kaliannnn!!!

Resepi: Nasi tumis + Sambal Udang Galah

  

Haha.. Nak kau...Hari ni marathon buat entry..
Dah lama sangat and dah nak jadik rumah berhantu dah blog melor ni..
Apaapa an je deh..
Resepi di atas ni dah lama sangat dalam simpanan melor..
Beli udang masa pi meeting kat lumut 2minggu yang lalu..
Beli 1/2 kg je..boleh makan 2 kali oleh 2 orang budak gemok comel..hehe..
Best dapat makan udang galah ni..
Masa kecikkecik dulu rajin ler si ayah melor dok nangguk udang galah ni..
Dulu kalau meratah udang goreng je dah wallah!! macam heven..

Klah, jom salin resepi jom..

Resepi: Nasi Tumis

Bahanbahan:

1 1/2 tin beras-dibasuh
1 biji bawanag besar-dikisar
3 biji bawang putih-dikisar
1 inci halia-dikisar
Rempah tumis-kayu manis, bunga lawang, etcetc...
Air (ikut sukatan masak nasi biasa, tapi lebih kan sikit je)
1 sudu garam

Caracara:

Masak nasi macam biasa.
Dalam kuali, tumiskan rempah tumis dan bahan dikisar.
Tumis sehingga naik bau.
Setelah nasi mendidih, masukkan bahan tumisan tadi beserta garam ke dalam periuk nasi.
Biarkan sehingga masak.

Resepi: Sambal Udang Galah

Bahanbahan:

1/2 kg udang galah-dicuci buang janggut je..kemudian digoreng dengan garam dan kunyit
15 batang cili kering-digunting,direndam,dikisar
1 labu bawang besar-dikisar
3 biji bawang putih-dikisar
1/2 inci halia-dikisar
1 inci lengkuas-dikisar
2 batang serai-dititik
1 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit garam dan gula
Sedikit air asam

Caracara:

Tumiskan bahanbahan yang dikisar dan masukkan serbuk kunyit.
Tumis sehingga garing dan kawal api.
Masukkan serai, garam serta gula.
Masukkan udang yang telah digoreng dan gaul rata.
Akhir sekali, masukkan air asam.

Selamat Mencuba kalian!!

Resepi: Cekodok Kentang



Today i quite boring dok kat opis and takde berapa nak keje..
So, teringat lama dah no tak nulis entry pasal masakmasak ni..
Semalam dok rumah dok melayan COFFEE PRINCE with my twins..
Makan cekodok ler jawabnye..Sedap tau..Kalau boleh kertas tapis minyak tu pun nak telan..
Hahaha..(Ketawa sorangsorang)

Bahanbahan:

2 cawan tepung gandum
1 biji kentang-dipotong dadu
1 biji bawang besar-dipotong dadu
5 biji cili hijau-dihiris
1 biji telur
1 cawan air suam
1 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam

Caracara:

Masukkan semua bahanbahan di atas ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana.
Gorengkan adunan tadi ikut sukatan sudu. (Ada orang goreng cekodok guna tangan, ikut mana suke deh..)
Siap dihidang macam gambar di atas..

Mode: saya suke makan cekodok!!

The Twins



Tuesday, February 21, 2012

Perasaan

Salam...
Hush..hushhh..Berabuk dah blog aku ni..

Soalan:
1) Kenapelah, tiap kali ber'perasaan' mesti baru ingat kat blog?
2) Ape dah takde orang/manusia ke aku nak luahkan perasaan?
3) Ape yang aku nak luahkan kat blog aku ni ye?
4) Agakagak tindakan ape yang aku kena buat ek?

Jawapan:
1) Sebab blog aku dah berabuk lama sangat, sebab tu ingat kat dia..blog aku tak leh kutuk ape yang aku luah kat dia..
2) Dah takde..orang yang nak aku luahkan perasaan pun ntah nak dengar ntah tidak ape yang aku merepek ni..
3) Banyak sangat..disebabkan aku malas nak naip, so aku bagi hint jelah.
     - dia...dia... dan dia...(malas jugak nak mention sape dia)
4) Aku dah selalu sangat buat bodo..nak buat pandai, nanti kang orang cakap, macam lah aku ni betul sangat..sekarang aku serahkan jelah segalanya pada ALLAH..ALLAH lagi maha mengetahui perasaan aku ni..

Mode: aku fed up!!

Tuesday, January 10, 2012

Terpinggir atau terasa tersisih...

Salam kawan-kawan...

I've kind of not comfortable in my stomach while writing this entry because of what?? i'm kinda don't know..
Might there's plenty of thought in my mind or i might dah tersalah makan atau terlebih makan..don't ever know also la..

Ekceli, teringat sesuatu dan agak terasa dengan what my mum said,
Saya tak sepatutnya berfikiran dan bertindak such thing la..( x delah buat yang bukanbukan..just nanges je kot )

Mungkin saya yang over sensitip...

Saya suke nak coretkan banyakbanyak kat entri ni..
Tapi still x terluah..

Over sensitip lagi ni..Kbai!!


Saya anak ayah..jadiknye, saya sedih!!

Thursday, January 5, 2012

Sedey..

Salam dear..

Right now, i'm kinda stressful of my work, about my twins engagement, about how to explain to people around that will ask me many question why and why...

I got my limit u know?

U might see me tak kisah, kind of buat bodo je with what happened surround me..
But the reality is i really kisah ok?



I quite sedih la kalau ape yang i nak, i tak dapat..
Tapi i ni redha..dah bukan rezeki kite, nak buat cemane...ye tak?

Kalau orang cencerned sangat why i tak engage sekali with my twins engagement and bila pulak turn i...?
Dear U, please la..yang nak engage ke, nak kawen ke..itu hal dia lah..i pun boleh tumpang happy..ye tak?
Ape yang susahsusah pening kepala u dear kena pikir pasal i pulak?


Still..i menangis lor..nangis untuk ubat and luahkan hati yang sedih la..
Kalau pendam, boleh jadik nanah beb..!!


Sedih sampai terpaksa tutup muke gune beg ketas..


Right now, i have to prepare and list out some relevent answer for all that..

Ya ALLAH, aku redha dengan segala ujian-Mu..
Semoga aku jadi dikalangan orang yang ikhlas dan tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan dari-Mu..

Wednesday, January 4, 2012

Resepi: Lamb Chop..





Woaaa..first time masak cenggini..
Di 'request' by Mr. F yang mengidam nk makan cenggini..
Then gigih kan diri meng'gugel' resepi and cari bahan..

Em..pas melantak, rasanya not bad lor..
Mr. F cakap sedap..(sebab dia kebuloq lapar sangat kot...)

Bahan dan penyediaan nye sonang yo..
Tapi kena sabaq no..

Sebenarnye malas nak nulis resepi no..

1) Lamb Chop - beli kat Jusco je..carik yang dah marinate..sonang yo..Haha..kantoi

Bahan-bahannya:
 8 - 10 biji kentang (Kupas kulit) dan potong dua
250gm butter
1 kotak kecil susu segar
serbuk lada hitam (ditumbuk halus)
serbuk lada sulah

Cara-caranya:
1. Kentang di kupas dan di potong lebih kurang sama saiz. Masukkan dalam periuk dan rebus dengan air yang cukup-cukup menutup kentang. Rebus dlm 20minit.
2. Bila kentang cukup empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Alihkan dari atas api.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan leyek (butter tu ikut suka, nak letak lebih ke atau sikit..terpulang pada anda)
4. Season dengan lada sulah dan lada hitam. Jika nak pedas letak lebih.
5. Tuangkan susu dan lenyek lagi hingga rata. (susu ni pun letak ikut sesedap rasa..masuk sikit demi sekit) Susu akan buat mashed potatoes lebih gebu dan lemak.

3) Gravy
Bahan-bahannya: 
Gravy bekas goreng kambing tadi
1 sudu butter
Secawan air
1 labu bawang besar- dihiris
2 ulas bawang putih- dihiris
2 sudu madu
3 sudu sos blackpepper
1 sudu tepung jagung
Cara-caranya:

1. Masukkan butter ke dalam gravy goreng kambing tadi.
2. Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga kekuningan.
3. Masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
4. Tuang air ikut kepekatan yang disukai. Kacau sebati.
5. Masukkan madu dan sos blackpepper.
6. Masukkan gravy tersebut ke dalam blender dan blend hingga hancur.

Spagetti and sayur tu masak bodobodo je..
Campak butter, garam and lada sulah je dah cukup..(pepandai ler merasa apa yang uols masak..ok?)


Ombak Jahat!!

Salam..

Setiap hari saya menikmati hari tidak indah selepas menonton cerita itu..(ayat skema ok!!)
Macam menghantui hidup jek..
Coz pas nengok cite tu, se'konyongkonyong', my beloved Mr.F men'donlod' dr utube..
Saya sangat xpuas hati and bengang coz saya telah membelanjakan 12hengget untuk filem genre 18sx tu..(ayat skema campur ayat sensor)..

Lalu saya pun mem'blogwalking' dan se'konyongkonyong' entry KOG sangat tepat ngan naluri saya yang telah bengang ini..

Ini antara comment dari saya and reply from KOG:
melor md hodari said...[Reply to comment]
so,this is the best entry yang saya tertunggu2 org berkata2 psl dat movie la..nk coret kat blog sendiri,nti org xbaca..hehe..sgt xberpuas hati 'tertengok' cite om*** rin** tu..cite macam nk cepat abes je..tang lagu jek rasa macam nk 'tersedey'..pepun,klu KOG buat movie lagi best..huhu..
kucingorengemok said...[Reply to comment]
@melor md hodari oh, awak tunggu ke? hehe, tak sangka ada orang tunggu... tolong la pembuat filem malaysia buat cerita yang ada moral sikit kan

Saya sokong KOG!!





P/S: xnak letak gambo ombak tu..letak header lama KOG lagik best...(KOG, mintak ijin ye...)