:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::
Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan
itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu
saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
& mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada
seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA
hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana
dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat
MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...
Jika kamu
menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya
& janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar
keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba
memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia
melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya
kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk
dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba
mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan...
KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu
kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan
seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba
MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan...
KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain...
Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!
No comments:
Post a Comment